Laman Web ini telah dikunjungi sebanyak 174867 kali semenjak Mei 2006
Buku Terlaris
APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM
Memahami
seseorang perlu menganut Islam dari segi akidah, akhlaq, ibadah,
keluarga dan lain-lain. Menjelaskan tanggungjawab dan kewajipan seorang
muslim. Masih hangat di pasaran walaupun sudah 20 tahun diterbitkan.
KITAB TAUHID (DIPERAKUI OLEH FAKTA SAINS)
Membincangkan
rukun-rukun Iman menggunakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan
semasa. Mengemukakan contoh supaya objektif yang ingin digarap oleh
al-Quran tercapai. Contohnya; al-Quran menyebut: 'Allah yang menjadikan api daripada pohon yang hijau basah'. Apa kata sains mengenai arang batu dan petrolium sebagai bahan api dan kaitannya dengan ayat ini?
SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. ; PENGAJARAN & PEDOMAN
Mengemukakan nokhtah-nokhtah penting dalam Sirah Nabi S.A.W. Menjelaskan pengajaran sebagai pedoman dalam kehidupan.
NURUL YAKIN: KITAB SIRAH RASULULLAH S.A.W.
Sirah
Rasulullah dibahagikan kepada dua zaman; zaman sebelum hijrah dan
selepas hijrah. Setiap peristiwa yang berlaku didetilkan satu persatu.
SIRI NASIHAT UNTUK ADIK-ADIK S.A.W.
Siri
Nasihat ini mengandungi enam buah buku. Ceritanya padat dengan teladan
dan sesuai untuk dijadikan sebagai bacaan kanak-kanak tadika tahap II
dan sekolah rendah. Kisahnya disampaikan dalam cara yang mudah
difahami. Ia juga disertai dengan ilustrasi yang sangat menarik. Siri
buku ini berkisar tentang hakikat syaitan. Syaitan adalah musuh utama
kita. Syaitan suka menggambarkan sesuatu pebuatan jahat sebagai baik.
Olh itu, awasilah diri dari tipu daya syaitan.
SIRI KISAH AL-QURAN
Siri
ini mengandungi enam buah buku. Ia mengisahkan cerita-cerita yang
terdapat dalam al-Quran. Cerita-cerita di dalam al-Quran bukanlah
dongengan. Tiada siapa yang boleh menafikan kebenarannya. Ia
didatangkan untuk menjadi pengajaran. Biasanya diolah supaya mudah
difahami oleh kanak-kanak. Penceritaannya diselangi dengan ilustrasi
supaya pembacaannya menjadi lebih menarik dan menyenorokkan.
Buku Terlaris | Buku Terbaru | Terbitan Lain| Skim Pembiayaan Ilmu | Cara Pembelian | Tazkirah | Maklumbalas | Lokasi Promosi | Profil Syarikat | Alamat Pengedar | Hubungi Kami | Hasil Kajian Membaca